Wednesday 2 January 2013

NOMBOR HANDPHONE BARU UNTUK DIHUBUNGI

Assalamualaikum

Kami ingin memaklumkan bahawa nombor baru untuk menghubungi Ruwafa adalah 016-9171263

Terima kasih

Zie

Wednesday 12 October 2011

RUMAH PERLINDUNGAN WANITA SITI FATIMAH

Rumah Perlindungan Wanita Siti Fatimah (RUWAFA) diwujudkan  oleh kerana rasa perihatin sesama insan setelah didapati banyak kes-kes semasa berkaitan masaalah gejala sosial yang semakin menular dekad ini keatas kaum wanita.  RUWAFA amat perihatin akan nasib-nasib ibu tunggal dari segi kebajikan, keselamatan dan kesihatan dan sebagainya dari segi fizikal, mental dan rohani. 


Kesilapan yang mereka lalui dihari lalu membawa penderitaan perit setelah memulakan kehidupan baru berbadan dua dan malang sekali penderitaan mereka ini dibebani dengan kandungan bayi mereka yang tidak mempunyai bapa yang sah dari segi hukum maupun syarak. Kebanyakan mereka yang bermasaalah sebegini memerlukan sokongan dan bimbingan moral agar dapat menempuh kehidupan baru selepas melahirkan. 


RUWAFA juga berharap dengan beberapa langkah bantuan yang disediakan dapat membanteras gejala PEMBUANGAN BAYI yang kini semakin berleluasa dan menyelamatkan anak-anak yang masih kecil dan mentah tak berdosa dari di JUAL atau mungkin di BUNUH  oleh ibunya yang tertekan dengan kehadiran anak-anak ini.   

Kami di RUWAFA sedia MEMBANTU, MENDIDIK, MENYELAMAT DAN MEMULIHKAN moral remaja dan wanita terbabit asalkan mereka mahu memberi kerjasama dan mempunyai kesedaran untuk berubah ke jalan yang benar.

Kepada kaum HAWA yang dibebani masalah seumpama ini, RUWAFA menyeru kepada anda agar janganlah berfikiran sempit dan membuat keputusan terburu-buru. Bersama RUWAFA kita berikhtiar untuk menyelesaikan masaalah anda dengan sewajarnya. Dengan bantuan dari pihak RUWAFA anda akan dapat menjalani kehidupan bermasyarakat dengan lebih baik dan yakin. InsyaAllah...


Kepada ahli keluarga mangsa, RUWAFA menggalakkan agar anda janganlah menyisihkan anak-anak yang bermasaalah sebegini.. Berilah peluang untuk mereka memperbaiki diri... Atau sebaliknya akan menggalakkan mereka bertindak luar dugaan tanpa berfikiran rasional.  Bersama-samalah anda dan RUWAFA membantu mereka yang didalam kekusutan.

Hubungi kami di RUWAFA :-

Lela : 016 3866 368    Zie  : 016 9472157